Isu dan kontroversi Nasrudin_Hassan

Tarik Balik Kenyataan Fitnah Terhadap Lim Guan Eng

Pada 18 Jan 2016, kes saman Lim Guan Eng terhadap Ketua Penerangan PAS dan juga ahli Parlimen Temerloh, Ustaz Haji Nasrudin bin Hassan Tantawi berhubung fitnah mengenai projek pembinaan terowong dasar laut selesai selepas Nasrudin menarik balik kenyataannya terhadap Lim. Mahkamah turut memerintahkan Nasrudin membayar kos sebanyak RM10,000 kepada Lim. [6][7]

Pada 1 Okt 2014, Lim menfailkan saman terhadap Nasrudin dengan mendakwa defendan telah secara salah, sengaja dan berniat jahat menulis dan memuatnaik kenyataan tersebut dalam laman facebooknya.

Sifat Zuhud Dipersoal

Nasrudin Hassan pernah mengejutkan banyak pihak ketika ucapan penangguhan pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat di Kota Bharu tahun 2012 apabila mengumumkan kedudukan hartanya dengan hanya mempunyai simpanan tunai RM9,000 dalam akaun simpanan tetap.

Namun, beliau dipersoalkan kezuhudannya apabila memiliki kereta mewah Vellfire yang bernilai ratusan ribu sebaik beliau menjadi ahli parlimen Temerloh. Pada Muktamar PAS ke-63 di Alor Setar, poster bertajuk ‎'Zuhud PAS?' memaparkan perbandingan kenderaan digunakan beberapa pemimpin PAS sebelum dan selepas mereka menjadi anggota parlimen atau memegang jawatan dalam politik‎. [8][9]

Pada April 2015, gaji bulanan anggota Dewan Rakyat dinaikkan kepada RM16,000.